Pesawat dari Taiwan lakukan pendaratan cemas di Hokkaido

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
PESAWAT Tigerair Taiwan lakukan pendaratan cemas di Hokkaido selepas asap dikesan di kokpit. Foto hiasan

HOKKAIDO, Jepun:  Sebuah pesawat Tigerair Taiwan dari Taipei melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang New Chitose di Hokkaido pada Jumaat selepas asap dilaporkan dikesan di kokpit pesawat itu, lapor Kyodo News memetik kementerian pengangkutan Jepun.

Tiada kecederaan dilaporkan membabitkan 179 penumpang dan kru pesawat Airbus A320 itu, menurut pejabat Lapangan Terbang New Chitose di bawah kementerian berkenaan.

Penerbangan 234 ke Sapporo melaporkan asap keluar dari kokpit kira-kira 10.45 pagi.

Satu daripada landasan di lapangan terbang itu ditutup sementara susulan kejadian berkenaan.- Bernama-Kyodo