Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pesawat bawa skuad Nigeria Piala Dunia mendarat cemas
  • GLOBAL

Pesawat bawa skuad Nigeria Piala Dunia mendarat cemas

Utusan Sarawak 3 days ago
PEMAIN bola sepak Nigeria berkumpul selepas pesawat dinaiki mereka melakukan pendaratan kecemasan di Luanda, Angola. – Foto Facebook

LAGOS: Pesawat yang membawa skuad Nigeria dari Afrika Selatan ke Uyo bagi aksi terakhir kelayakan Piala Dunia terpaksa melakukan pendaratan cemas di Angola, semalam.

Menurut wakil media pasukan itu, pesawat berkenaan berlepas dari Polokwane, Afrika Selatan dan singgah di ibu negara Angola, Luanda untuk mengisi minyak sebelum meneruskan penerbangan ke selatan Nigeria.

Namun kira-kira 25 minit setelah berlepas semula, juruterbang terpaksa berpatah balik ke Luanda selepas cermin kokpit mengalami keretakan teruk sekali gus mengganggu penerbangan yang pada awalnya lancar.

Semua pemain, pegawai pasukan dan delegasi kerajaan yang berada dalam pesawat berkenaan dilaporkan selamat dan menunggu pesawat pengganti untuk meneruskan perjalanan.

Nigeria dijadual menentang Benin di laman sendiri, Selasa ini dalam aksi wajib menang bagi memastikan tempat ke Piala Dunia tahun depan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi bermagnitud 5.8 landa Davao Oriental, Filipina
Next: Cameroon mengundi ketika presiden tertua dunia, 92, bertanding semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.