Gempa bumi bermagnitud 5.8 landa Davao Oriental, Filipina

Facebook
WhatsApp
GEMPA bumi dengan magnitud 5.8 melanda Manay, Davao Oriental di Filipina pada 6.27 petang Sabtu waktu tempatan. Foto Jabatan Meteorologi Malaysia

MANILA: Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda Manay, Davao Oriental di Filipina pada 6.27 petang Sabtu waktu tempatan, sehari selepas dua gegaran lebih kuat menggegarkan kawasan sama, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Menurut amaran dikeluarkan oleh Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs), gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km).

Kekuatan keamatan 3 direkodkan di Bandar Mati serta di Sta. Maria, Davao Occidental; Nabunturan, Davao de Oro; dan Malungon, Sarangani.

Sementara itu, Keamatan 2 dirasai di Bandar Digos, Davao del Sur; Alabel dan Kiamba, Sarangani; Tupi, South Cotabato; dan Palimbang, Sultan Kudarat.

-Bernama

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara