Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peruntukan RM395,500 diberi kepada pertubuhan akar umbi di Parlimen Igan
  • WILAYAH

Peruntukan RM395,500 diberi kepada pertubuhan akar umbi di Parlimen Igan

Utusan Sarawak 18 hours ago
AHMAD Johnie (duduk empat dari kanan) merakam gambar bersama penerima dana di sini baru-baru ini. Foto UKAS

DARO: Pembangunan komuniti di Parlimen Igan terus diberi suntikan semangat apabila Ahli Parlimennya, Ahmad Johnie Zawawi menyalurkan peruntukan berjumlah RM395,500 kepada pelbagai pertubuhan akar umbi.

Majlis penyerahan yang berlangsung semalam menyaksikan wakil daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Cawangan Daro, serta Jawatankuasa Masjid dan Surau hadir menerima sumbangan tersebut.

Menurut Ahmad Johnie, dana daripada peruntukan mengurus kawasan Parlimen itu bertujuan memperkukuh pelaksanaan program pendidikan, sosial, keagamaan dan kemasyarakatan di samping mengukuhkan perpaduan rakyat.

“Penyaluran ini adalah sebahagian usaha berterusan untuk memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai semua lapisan masyarakat.

“Saya berharap dana ini diurus dengan penuh amanah demi kepentingan rakyat,” tegasnya.

Beliau menambah, inisiatif ini juga menjadi pemangkin kepada kesinambungan pelbagai program akar umbi yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan komuniti setempat.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Kalaka turun padang tinjau SAR kru kapal warga Myanmar
Next: Pelaburan strategik lahirkan generasi berilmu dan berkemahiran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.