Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pertandingan pickleball pupuk bakat, semangat kesukanan dan gaya hidup sihat
  • SUKAN

Pertandingan pickleball pupuk bakat, semangat kesukanan dan gaya hidup sihat

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Ding Koung Hiing berganbar bersama para peserta pertandingan. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Pertandingan pickleball bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat baharu, malah berperanan memupuk semangat kesukanan dan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, sambutan menggalakkan terhadap pertandingan kategori beregu terbuka bawah 18 tahun dan beregu wanita membuktikan sukan pickleball semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

“Penganjuran pertandingan seperti ini bukan sahaja menjadi platform kepada para peserta untuk mempamerkan bakat dan kemahiran dalam sukan pickleball, malah mampu mengeratkan hubungan silaturahim.

“Ia juga memupuk semangat kesukanan dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

“Penglibatan golongan belia dalam kategori beregu terbuka bawah 18 tahun dan penyertaan memberangsangkan dalam kategori beregu wanita merupakan perkembangan positif yang menunjukkan sukan ini semakin berkembang di Meradong,” katanya.

Koung Hiing berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian pertandingan tersebut, di Dewan Pickleball Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ming Tee, semalam.

Katanya, sambutan terhadap pertandingan anjuran Kelab Pickleball Meradong ini turut memberi keyakinan bahawa sukan pickleball berpotensi melahirkan lebih ramai atlet berbakat yang mampu mengharumkan nama daerah dan negeri pada masa hadapan.

“Saya berharap pertandingan seperti ini dapat diteruskan secara konsisten sebagai platform pembangunan bakat sukan, di samping memperkukuhkan perpaduan, semangat muhibah dan hubungan mesra dalam kalangan komuniti setempat,” katanya.

Beliau turut menggesa pelbagai pihak termasuk badan korporat, pertubuhan dan komuniti agar terus memberikan sokongan terhadap pembangunan sukan di daerah ini supaya lebih banyak program yang memberi manfaat kepada masyarakat dapat dianjurkan pada masa hadapan.

Oleh Earl Anek

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Iran pulang selepas tersingkir daripada Piala Dunia
Next: Korea Selatan tuntut rombakan menyeluruh selepas tersingkir awal Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.