
SIBU: Peminat sukan pickleball dijemput untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Pickleball Piala Cabaran Fro7en 2025 pada 14 dan 15 Jun ini.
Menerusi kenyataan media hari ini, pertandingan anjuran Fro7en WTK Holdings Berhad dengan sokongan Persatuan Pickleball Sarawak dan Persatuan Pickleball Malaysia akan diadakan di Gelanggang Pickleball SMI Park.
“Pertandingan terbuka kepada pemain berusia 18 tahun dan ke atas dengan kategori beregu campuran, lelaki beregu 1 (kedua-dua pemain 40 tahun ke atas) dan lelaki beregu 2.
“Kategori lain ialah kategori beregu veteran (gabungan jantina, kedua-dua pemain 50 tahun ke atas) dan wanita beregu. Yuran penyertaan RM800 untuk setiap pasukan yang mengambil bahagian,” katanya.
Johan bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000, baucar Fro7en RM1,000, trofi dan medal, naib johan wang tunai RM4,000, baucar Fro7en RM500, trofi dan medal.
Tempat ketiga wang tunai RM2,000, baucar Fro7en RM300, trofi dan medal dan tempat keempat wang tunai RM1,000 dan baucar Fro7en RM200.
Tarikh akhir menghantar penyertaan pada 15 April. Untuk pendaftaran, orang ramai boleh mengimbas kod pada poster pertandingan.
Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Lau Puong Terk di talian 016-8665902 atau Kho Ing Chao 016-8927681.
Oleh Akun Giman