Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Persimpangan Jakar Pan Borneo dibuka menjelang Aidilfitri
  • TEMPATAN

Persimpangan Jakar Pan Borneo dibuka menjelang Aidilfitri

Utusan Sarawak 2 months ago
Uggah ketika meninjau perkembangan projek Lebuh Raya Pan Borneo bagi persimpangan Jakar, di Sarikei hari ini.

SARIKEI: Persimpangan Jakar Lebuh Raya Pan Borneo di sini dibuka kepada pengguna menjelang Aidilfitri ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kerja menyiapkan jalan dua hala itu akan siap minggu depan iaitu 25 Mac membabitkan seksyen CH43+000 – CH44+000 RLM .

“Jalan persimpangan Jakar (CH40+000 – CH41+000) lebih kurang 100 meter iaitu jalan dua hala dijangka siap pada penghujung April dan akan dibuka kepada pengguna jalan raya.

“Satu lagi isu, penduduk tempatan menerusi Ahli Parlimen Sarikei, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii meminta kita membuat lampu isyarat di sini. 

“Kementerian Kerja Raya (KKR) mendapati lampu isyarat itu tidak sesuai untuk dibina bagi jenis jalan ini,” katanya ketika ditemu bual media di sini, hari ini. 

Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata, alternatif yang dibuat adalah membuat Pusingan P tetapi sekitar 500 meter dari persimpangan Jakar untuk kedua hala. 

“Apabila semua ini disiapkan, Lebuh Raya Pan Borneo sudah siap hampir 99.6 peratus kerana masih ada yang masih dalam proses pembinaan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Jambatan merentasi Sarikei-Tanjung Manis dibuka Jumaat depan
Next: Komited promosi potensi kreatif pengkarya seni

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.