Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Persidangan SUF memastikan tiada golongan tercicir dalam proses urbanisasi
  • TEMPATAN

Persidangan SUF memastikan tiada golongan tercicir dalam proses urbanisasi

Utusan Sarawak 7 months ago
ANTARA para peserta pada majlis Forum Sesi Pertama Stakeholder Assembly (SUF) 1.0 di Pusat Acara Hikmah Exchange (HEEC), hari ini.

KUCHING: Persidangan Sarawak Urban Forum (SUF) bertemakan inklusiviti sosial ke arah urbanisasi lestari anjuran Dewan Bandaraya Kuching Sarawak (DBKU) memberi peluang untuk mengumpulkan para peserta bagi berkongsi pandangan berkaitan urbanisasi dan kelestarian.

Datuk Bandar DBKU Hilmy Othman berkata, forum ini merupakan platform pelbagai pihak berkepentingan bertukar pandangan dan membina kerjasama dalam usaha mencapai matlamat pembangunan mampan dan kesejahteraan bandar.

Katanya, pada era pembangunan pesat ini, urbanisasi di Sarawak menawarkan banyak peluang, namun ia juga membawa kepada cabaran yang memerlukan pendekatan holistik dan inklusif.

Beliau berkata demikian berucap pada Forum sesi pertama Stakeholder Assembly (SUF) 1.0 di Pusat Acara Hikmah Exchange (HEEC) di sini, hari ini.

Pada sesi perhimpunan pihak berkepentingan (Stakeholder Assembly) hari ini, beliau berharap agar semua dapat berkongsi pandangan, mendengar cadangan yang bernas serta dapat  membina rangkaian yang kukuh untuk memacu Sarawak ke arah urbanisasi yang mampan.

“Setiap suara di sini adalah penting, kerana ia mencerminkan keperluan dan aspirasi komuniti kita yang pelbagai,” katanya.

Forum ini juga, ujarnya, aspek inklusiviti sosial turut diberi perhatian bagi memastikan tiada golongan tercicir dalam proses urbanisasi. 

“Sama ada golongan miskin bandar, komuniti luar bandar yang berhijrah ke bandar, atau mereka yang kurang berkemampuan semua harus mendapat tempat dan peluang yang sama dalam bandar-bandar yang kita bina,” jelasnya.

Hilmy yakin dengan perbincangan hari ini akan membawa kepada hasil bermanfaat dan memberi inspirasi kepada semua para peserta yang terlibat.

Justeru, Hilmy berharap perbincangan dalam Sarawak Urban Forum 1.0 ini dapat melahirkan idea-idea bernas dan pelan tindakan yang komprehensif untuk memacu pembangunan di Sarawak.

Oleh Noor Ikmal

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 550 peserta peraga budaya masyarakat Cina menerusi Festival Kebudayaan Cheongsam ke-3
Next: Kerajaan komited setiap pembangunan utamakan kelestarian jangka panjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.