Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Persembahan ‘Sarawak Harmony’ pukau delegasi ASEAN
  • NASIONAL

Persembahan ‘Sarawak Harmony’ pukau delegasi ASEAN

Utusan Sarawak 1 month ago
WARNA BATIK… Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa mewarnai lukisan batik ketika melawat gerai pameran selepas melancarkan Malaysia Open House Exhibition @ ASEAN 2025 yang diadakan sempena AFMGM Ke-12 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Persembahan Kebudayaan ‘Sarawak Harmony’ yang melambangkan keharmonian pelbagai kaum dan etnik di Malaysia, memukau delegasi ASEAN yang mengunjungi Malaysia Open House Exhibition @ ASEAN 2025 di sini, hari ini.

Pertunjukan selama 15 minit itu dipersembahkan oleh 10 penari daripada Kumpulan Majlis Seni Sarawak, yang turut mengenakan busana tradisional, melambangkan kepelbagaian budaya di negara ini.

Pameran yang dibuka secara percuma kepada orang ramai bermula pada hari ini, diadakan bersempena dengan Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 serta mesyuarat berkaitan, yang berlangsung serentak.

Diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Malaysia Open House Exhibition @ ASEAN 2025 mengetengahkan warisan budaya negara yang kaya termasuk makanan, pakaian, kraf tangan dan persembahan tradisional daripada pelbagai kaum, bertujuan mempromosikan khazanah negara.

Pameran itu menghimpunkan 30 reruai termasuk usahawan mikro yang menerima bantuan melalui program iTEKAD, dengan setiap reruai mempamerkan produk masing-masing.

Selain itu, orang ramai juga berpeluang mempelajari ilmu berkaitan literasi kewangan dan ekonomi khususnya untuk para usahawan kecil dan sederhana.

Terdahulu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan merasmikan pameran berkenaan.

Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Seramai 41 pegawai, anggota tentera diberhentikan akibat kes buli, penderaan
Next: Gempa susulan tidak patahkan semangat pasukan MAS-01

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.