Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Persaingan jawatan Perdana Menteri Jepun bermula
  • GLOBAL

Persaingan jawatan Perdana Menteri Jepun bermula

Utusan Sarawak 5 years ago
ANGGOTA polis mengawal laluan masuk ke pejabat Perdana Menteri Jepun di Tokyo ketika persaingan menggantikan tempat Shinzo Abe bermula secara tidak rasmi. • Foto AFP

TOKYO: Persaingan menggantikan tempat Perdana Menteri, Shinzo Abe bermula secara tidak rasmi dengan masing-masing mengumumkan rancangan tersendiri selepas pemimpin paling lama itu meletakkan jawatannya.

Abe mengumumkan pengunduran diri disebabkan masalah radang usus yang memaksa beliau menamatkan sepenggal jawatannya, namun akan memegang jawatan itu sehingga pemimpin layak ditemui.

Parti Liberal Demokratik yang dipimpin Abe boleh melakukan pemilihan kepemimpinan secara tradisional membabitkan ahli Parlimen dan parti itu di seluruh negara, namun kekangan disebabkan oleh COVID-19 membuatkan hanya memilih ahli Parlimen dan wakil daerah saja bagi proses yang lebih cepat.

Beberapa calon sudah menampilkan diri termasuk ketua parti dasar, Fumio Kishida, bekas Menteri Luar yang menjadi antara pilihan Abe; bekas Menteri Pertahanan, Shigeru Ishiba, yang dilihat lebih popular; Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga; Menteri Pertahanan, Taro Kono dan calon wanita Seiko Noda, bekas Menteri Kabinet.

Profesor Sains Politik di Universiti Meiji, Shinichi Nishikawa berkata sesiapa yang dipilih nanti, sedikit perubahan dalam dasar amat diharapkan.

“Dasar utama, langkah diplomasi dan ekonomi tidak akan berubah secara drastik. Pengganti Abe akan menjaga dasar dengan efektif,” katanya.

Sementara itu, Profesor Kehormatan Politik Antarabangsa di University of Tokyo, Yoshinobu Yamamoto, berkata pengganti Abe tidak akan menghasilkan kejutan tetapi akan menghadapi cabaran besar.

Antaranya berkaitan dengan pandemik COVID-19 di mana ada kritikan terhadap kepemimpinan Abe setakat ini kerana dasar yang dilihat bertentangan dan lambat serta cabaran diplomatik termasuk hubungan dengan China.

Selain itu Perdana Menteri seterusnya akan berdepan dengan isu kemelesetan ekonomi disebabkan COVID-19. – AFP

Continue Reading

Previous: Hantar pulang pengganas bukan idea bernas
Next: Eropah perketat langkah kawalan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.