Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Perpaduan tunjang kekuatan negara, perlu terus dipelihara – Fadillah
  • NASIONAL

Perpaduan tunjang kekuatan negara, perlu terus dipelihara – Fadillah

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIMBALAN Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya menjadi tunjang kekuatan negara serta perlu terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang.

Beliau berkata kepelbagaian yang dimiliki Malaysia bukan sekadar menjadi identiti negara malah merupakan aset berharga.

“Marilah kita bersama-sama terus menyantuni kepelbagaian dan memperkukuh perpaduan demi Malaysia yang lebih aman, makmur dan sejahtera,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Fadillah menghadiri perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di pekarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

Beliau berkata sambutan bertemakan “Bersama Membina Negara Bangsa” itu menjadi platform penting bagi memperkukuh semangat perpaduan, keharmonian dan sikap saling menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Sepanjang di lokasi program, saya dapat menyaksikan sendiri kemeriahan sambutan dengan kehadiran rakyat pelbagai kaum, agama dan latar belakang yang datang bersama-sama keluarga untuk memeriahkan acara ini.

“Suasana penuh mesra dan harmoni yang terpancar hari ini menyerlahkan betapa perpaduan terus menjadi tunjang kekuatan negara kita,” katanya.

Fadillah turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Perpaduan Negara, Kerajaan Negeri Sabah serta semua agensi dan petugas yang bertungkus lumus menjayakan sambutan berkenaan.

Beliau juga berkata penglibatan masyarakat yang memberangsangkan menunjukkan kesedaran dan komitmen rakyat dalam memperkukuh semangat kebersamaan demi keharmonian negara. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Wanita tonggak pembinaan negara MADANI – PM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.