Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perpaduan kunci kelangsungan komuniti Cina di Bintulu
  • Utara
  • WILAYAH

Perpaduan kunci kelangsungan komuniti Cina di Bintulu

Utusan Sarawak 13 hours ago
JOHNNY Pang menerima cenderamata sebagai simbolik penutupan Festival Budaya dan Makanan Bintulu 2026 di tapak Lasar Kenyalang, semalam.

BINTULU: Perpaduan dalam komuniti Cina perlu terus diperkasa sebagai benteng utama menghadapi cabaran masa depan, khususnya isu penyusutan populasi yang semakin membimbangkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, kekuatan sesebuah komuniti bergantung kepada tahap kesatuannya, dan kegagalan mengekalkan perpaduan boleh menyebabkan masyarakat menjadi semakin terpinggir.

Menurutnya, hanya melalui kerjasama erat dan semangat kebersamaan, komuniti mampu terus kekal relevan serta memainkan peranan penting dalam pembangunan negeri.

“Perpaduan bukan sekadar slogan, tetapi asas kekuatan yang menentukan masa depan komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Festival Budaya dan Makanan Bintulu 2026 di tapak Lasar Kenyalang di sini, semalam.

ORANG ramai membanjiri tapak karnival bagi memeriahkan majlis penutupan Festival Budaya dan Makanan Bintulu 2026 yang berlangsung selama 10 hari.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan bahawa penganjuran festival selama 10 hari bermula 24 April hingga semalam (3 Mei) itu bukan sahaja mengangkat warisan budaya, malah menjadi platform berkesan dalam mengukuhkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum.

Katanya, pelbagai pengisian seperti persembahan pentas, pameran tradisi serta penglibatan aktif komuniti berjaya menghidupkan semula nilai dan identiti budaya dalam suasana yang lebih inklusif.

“Melalui pendekatan seperti ini, budaya bukan sahaja dipamerkan, tetapi turut dirasai dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat,” ujarnya.

Beliau turut menyifatkan makanan sebagai elemen penting dalam menyatukan masyarakat, kerana ia menjadi medium perkongsian budaya yang mampu merapatkan hubungan serta meningkatkan kefahaman antara kaum.

JOHNNY Pang berucap pada majlis penutupan Festival Budaya dan Makanan Bintulu 2026 semalam.

Sehubungan itu, beliau berharap lebih banyak program seumpama ini dapat diteruskan bagi memastikan warisan budaya terus terpelihara, di samping memperkukuh keharmonian komuniti.

Pada majlis sama, beliau turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM10,000 bagi menyokong penganjuran festival tersebut.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Polis perhebat siasatan kes langgar lari maut libatkan penunggang basikal di Jalan Stutong
Next: Penipuan guna panggilan WhatsApp semakin canggih, orang ramai diingatkan berwaspada

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.