Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Perompak bank di Jerman masih diburu selepas insiden tebusan
  • GLOBAL

Perompak bank di Jerman masih diburu selepas insiden tebusan

Utusan Sarawak 4 hours ago
ANGGOTA polis berkawal di hadapan sebuah bank, lokasi beberapa perompak menahan beberapa tebusan di Sinzig, barat Jerman, pada 8 Mei 2026. Foto AFP

FRANKFURT: Sekurang-kurangnya seorang perompak bank masih diburu di Jerman pada Jumaat selepas mencetuskan kebuntuan selama beberapa jam apabila polis pada mulanya bimbang beberapa tebusan ditahan di dalam bilik kebal bank.

Insiden itu berakhir apabila anggota komando bersenjata lengkap memasuki bank berkenaan dan menyelamatkan dua pekerja yang dikurung tanpa mengalami kecederaan, sebelum menyedari seorang atau lebih suspek dipercayai telah melarikan diri beberapa jam lebih awal.

Selepas menyoal siasat saksi, polis menggambarkan seorang suspek lelaki berketinggian kira-kira 1.80 meter yang memakai sut putih “seperti pakaian penternak lebah”, namun tidak menolak kemungkinan lebih daripada seorang perompak terlibat.

ANGGOTA polis berjalan di hadapan sebuah bank susulan insiden rompakan dan situasi tebusan di Sinzig, barat Jerman, pada 8 Mei 2026. Foto AFP

Menurut polis, penyerang lelaki itu “menyerang hendap seorang pekerja syarikat pengangkutan wang tunai kira-kira 9.00 pagi (0700 GMT) dan merampas sebuah bekas berisi wang tunai daripadanya” di bandar kecil Sinzig, berhampiran Bonn, di negeri Rhineland-Palatinate, barat Jerman.

“Susulan itu, suspek mengurung dua individu, termasuk pekerja syarikat pengangkutan berkenaan, di sebuah bilik berasingan dalam bank itu,” menurut kenyataan polis.

Pegawai polis yang dimaklumkan melalui sistem penggera bank segera bergegas ke lokasi kejadian dan mengepung bangunan itu.

Turut berada di lokasi ialah anggota komando yang memakai topi keledar serta vest kalis peluru sambil membawa senjata automatik, manakala sebuah helikopter berlegar di ruang udara.

SEORANG pegawai polis forensik bercakap dengan rakan setugas susulan insiden rompakan dan situasi tebusan di sebuah bank di Sinzig, barat Jerman, pada 8 Mei 2026. Foto AFP

Polis kemudian mengakui bahawa “suspek berkemungkinan telah meninggalkan premis sebelum pegawai polis pertama tiba.”

Mereka menambah bahawa berikutan keadaan yang pada mulanya masih tidak jelas, kawasan sekitar telah ditutup dan pasukan khas dipanggil, antaranya bagi melindungi saksi berpotensi yang mungkin berada di dalam bangunan.

Jurucakap polis memberitahu AFP di lokasi kejadian bahawa pencarian di kawasan sekitar setakat ini masih belum membuahkan hasil.

Beliau berkata, operasi memburu suspek masih diteruskan, manakala dua individu yang diselamatkan dari dalam bank sedang menerima rawatan.

Pasukan forensik telah mengumpul bahan bukti dan lebih ramai saksi sedang disoal siasat. Setakat ini, tiada maklumat didedahkan mengenai jumlah wang tunai yang dilarikan. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Dakwat karbon, kulit haiwan warnai keunikan al-Quran lebih 1,000 tahun di Narathiwat
Next: Dua lagi maut disyaki diserang beruang di timur laut Jepun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.