Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Manusia pertama capai kelajuan bunyi terjunan dari sempadan angkasa, maut nahas paragliding
  • GLOBAL

Manusia pertama capai kelajuan bunyi terjunan dari sempadan angkasa, maut nahas paragliding

Utusan Sarawak 16 hours ago


ROM: Atlet sukan ekstrem dari Austria Felix Baumgartner, maut dalam kemalangan ketika melakukan aktiviti paragliding di Itali pada Khamis, menurut Kementerian Luar Austria dan pasukan bomba Itali seperti dipetik Agensi Berita Jerman (dpa).

Atlet berusia 56 tahun itu, yang menjadi tajuk utama antarabangsa pada 2012 kerana terjunan udara bersejarahnya dari sempadan angkasa, terhempas di pusat peranginan tepi pantai Porto Sant’Elpidio di pantai Adriatik, kata mereka.

Pasukan bomba berkata Baumgartner terhempas ke dalam kolam renang di blok penginapan milik majlis perbandaran kira-kira 4.00 petang (1400 GMT) dan meninggal dunia di tempat kejadian. Disyaki beliau pengsan dan hilang kawalan ke atas paragliding bermotornya.

Mangsa turut terjatuh ke atas seorang pekerja hotel, yang kemudian dikejarkan ke hospital dengan kecederaan, menurut pihak bomba.

Akhbar sukan Itali, La Gazzetta dello Sport, melaporkan pekerja itu tidak mengalami kecederaan serius. Menurut media Itali, beberapa tetamu berada di kolam renang hotel pada masa itu, tetapi tidak cedera dalam kemalangan itu.

Baumgartner meraih kemasyhuran dunia pada 2012 apabila menjadi manusia pertama mencapai kelajuan bunyi dalam terjunan bebas dari stratosfera.

Jutaan penonton menyaksikan secara langsung di televisyen dan dalam talian ketika beliau menjunam ke Bumi pada 2012, mencapai kelajuan lebih 1,300 kilometer sejam dan mencipta rekod penerbangan belon tertinggi serta terjunan payung terjun tertinggi dalam sejarah.

Baumgartner dilaporkan sedang bercuti di Itali bersama isterinya ketika nahas itu. — Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Lebih 40 juta jemaah kunjungi Masjid Nabawi sepanjang musim haji 1446H
Next: Meteorit Marikh terbesar ditemukan di dunia, dijual pada harga RM22.5 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.