Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Permohonan projek khas perlu dirancang secara menyeluruh
  • Selatan
  • WILAYAH

Permohonan projek khas perlu dirancang secara menyeluruh

Utusan Sarawak 5 hours ago
ROLAND Sagah Wee Inn bergambar bersama penerima cek Projek Khas Tahun 2026 selepas majlis penyampaian di Pusat Khidmat ADUN Tarat, Siburan.

SIBURAN: Semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), kelab serta persatuan disaran mengemukakan permohonan peruntukan projek khas secara menyeluruh bagi memudahkan proses penilaian dan kelulusan, sekali gus memastikan pelaksanaan projek berjalan lebih teratur.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, setiap projek seharusnya dikemukakan dalam satu permohonan lengkap dan bukannya dipecahkan kepada beberapa permohonan berasingan kerana keadaan itu boleh menjejaskan penyelarasan serta menyukarkan proses pertimbangan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat itu, bagi projek seperti pembinaan atau menaik taraf balai raya dan rumah ibadat, semua keperluan bersama anggaran kos yang munasabah perlu disertakan sejak awal.

“Jika melibatkan satu projek, kemukakan sekali semua keperluan dengan anggaran kos yang lengkap supaya proses pertimbangan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Cek Projek Khas Tahun 2026 bagi kawasan DUN Tarat di Pusat Khidmat ADUN Tarat, di sini, semalam.

Pada majlis itu, sebanyak RM1,785,872 diagihkan kepada 133 penerima yang terdiri daripada JKKK, kelab, persatuan serta badan kerajaan dan bukan kerajaan bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan komuniti di kawasan DUN Tarat.

Roland turut menjelaskan bahawa permohonan melibatkan institusi pendidikan dan rumah ibadat perlu dikemukakan melalui saluran serta agensi berkaitan bagi memastikan proses penyaluran bantuan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun.

Beliau turut mengingatkan semua penerima supaya menggunakan peruntukan mengikut tujuan yang telah diluluskan dan mengemukakan laporan perbelanjaan pada penghujung tahun sebagai rekod penggunaan dana.

Katanya, setiap peruntukan yang disalurkan perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk melaksanakan projek dan program yang memberi manfaat kepada masyarakat, di samping memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan secara telus, berintegriti dan berakauntabiliti.

Hadir sama, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Damen Rejek, wakil Pegawai Daerah Siburan George Harison, wakil Pegawai Daerah Tebedu Muhd Faiz Rusydi serta wakil Pegawai Daerah Serian Stella Eve Bliten.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Warisan seni Orang Ulu perlu terus dipelihara, diwarisi generasi muda
Next: SK Haji Bujang Rangawan Putin bakal miliki blok pentadbiran baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.