Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Permohonan program sijil, diploma Politeknik, Kolej Komuniti dibuka hingga 4 November
  • SEMASA

Permohonan program sijil, diploma Politeknik, Kolej Komuniti dibuka hingga 4 November

Utusan Sarawak 7 months ago

PUTRAJAYA: Permohonan kemasukan pelajar bagi sesi II 2024/2025 ke program sijil dan diploma di 36 politeknik dan 103 kolej komuniti telah dibuka bermula semalam sehingga 5.00 petang, 4 November ini, menurut Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

JPPKK dalam kenyataan hari ini memaklumkan semua permohonan melalui e-Borang MyPolyCC boleh dibuat di pautan http://ambilan.mypolycc.edu.my.

“Permohonan dibuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lulusan Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti dan lulusan Sijil Vokasional Malaysia (Kolej Vokasional).

“Ia turut dibuka kepada lulusan sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA (Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang), lulusan sijil Institut Kemahiran MARA, lulusan sijil Institut Pertanian Malaysia dan Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 3),” menurut JPPKK.

JPPKK memberitahu permohonan itu juga dibuka kepada murid yang tamat pengajian tingkatan lima di sekolah pendidikan khas bagi kemasukan ke 13 program Sijil Khas Kemahiran untuk murid orang kurang upaya (OKU) yang ditawarkan di lima politeknik dan 12 kolej komuniti. 

“Pelawaan ini terhad kepada kumpulan murid kategori masalah pendengaran dan pembelajaran sahaja,” menurut JPPKK sambil menambah pemilik sijil APEL (Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu) turut dipelawa memohon.

Menurut JPPKK, sebanyak 12,000 tempat disediakan dalam pelbagai bidang pengajian bagi sesi berkenaan dan tarikh pendaftaran pelajar baharu adalah pada 6 Januari 2025. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak dahului 1,376 penerima darjah kebesaran Sabah
Next: Rangkaian pusat kanser diperluas – Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.