Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Permohonan MyLesen B2 DUN Lingga dilanjutkan hingga 30 Jun ini
  • Selatan
  • WILAYAH

Permohonan MyLesen B2 DUN Lingga dilanjutkan hingga 30 Jun ini

Utusan Sarawak 6 hours ago
DAYANG Noorazah semasa mempengerusikan mesyuarat Penyelarasan Program Bantuan Lesen Memandu MyLesen (B2) Peringkat DUN N.28 Lingga yang berlangsung di Pejabat Daerah Sri Aman, hari ini. Foto: ADUN Lingga

SIMANGGANG: Peluang buat warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga untuk memiliki lesen memandu secara sah kini kembali terbuka luas apabila Program Bantuan Lesen Memandu MyLesen (B2) dilanjutkan sehingga 30 Jun ini.

​Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor menegaskan, jumlah permohonan yang diterima setakat ini sama sekali bukan menjadi halangan untuk menutup pendaftaran lebih awal.

​Menurut beliau, walaupun jumlah yang mendaftar bagi program tersebut dijangka melonjak sehingga melebihi 1,000 pemohon, peluang akan terus diberikan secara adil kepada mana-mana individu yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

​”Kita mahu memastikan tiada golongan sasar yang tercicir daripada menerima manfaat ini, justeru komitmen untuk membantu seramai mungkin penduduk DUN Lingga tetap menjadi keutamaan,” katanya.

​Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan mesyuarat Penyelarasan Program Bantuan Lesen Memandu MyLesen (B2) Peringkat DUN N.28 Lingga yang berlangsung di Pejabat Daerah Sri Aman, hari ini.

​Mesyuarat yang dipengerusikan oleh beliau itu bertujuan utama untuk menyelaras persiapan rapi program, di samping memaklumkan jumlah keseluruhan peserta yang terlibat setakat ini kepada semua pihak berkaitan.

​Selain itu, agenda mesyuarat turut menumpukan kepada pembahagian tugasan yang jelas kepada jawatankuasa kerja serta mendapatkan penerangan lanjut daripada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai prosedur pelaksanaan program.

​Bagi memudahkan urusan pendaftaran, orang ramai boleh mendapatkan borang permohonan di beberapa lokasi strategik termasuk Pejabat Daerah Lingga, Pejabat Daerah Sri Aman, Pejabat Daerah Kecil Maludam, dan Pusat Khidmat N.28 Lingga.

​Sehubungan itu, Dayang Noorazah menggesa orang ramai, khususnya golongan belia dan mereka yang kurang berkemampuan yang memenuhi kriteria, agar segera mengambil peluang keemasan ini sebelum tarikh tutup tamat.

​Program MyLesen ini merupakan satu inisiatif murni yang bukan sahaja membantu golongan layak mendapatkan lesen motosikal secara sah.

Malah ia bertindak sebagai pemangkin dalam meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya serta membuka peluang sosioekonomi yang lebih luas kepada seluruh masyarakat di DUN Lingga.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Projek RTP perkasa kemudahan komuniti, tingkat kesiapsiagaan bencana di Jepak
Next: Takraw SUKMA Sabah dominasi cabaran Sepak Takraw Wanita Saberkas Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.