Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Permainan futsal terganggu dengan kehadiran ‘penonton’ tak diundang
  • WILAYAH

Permainan futsal terganggu dengan kehadiran ‘penonton’ tak diundang

Utusan Sarawak 4 months ago

TANGKAP..Anggota BBP Lawas berjaya menangkap ular di atas bumbung Dewan Mega Futsal, Lawas menggunakan galah dan penjerut.

LAWAS: Keseronokan bermain futsal terganggu apabila seekor ular jenis Tiung Cincin Emas atau nama saintifiknya Boiga dendrophila muncul di atas bumbung Dewan Mega Futsal di sini malam tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas Clarence D.Primus Tiandun berkata sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian sejauhnya tiga kilometer sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 10.45 malam.

Setibanya di lokasi kejadian, pemantauan terus dijalankan dan didapati seekor ular jenis Boiga Dendrophila berada di bumbung dewan berkenaan.

“Anggota kita cuba bertindak menangkap ular tersebut dengan menggunakan satu unit galah sehingga ular itu berjaya ditangkap dan di lepaskan ke habitat asalnya jauh dari kediaman awam,”katanya hari ini.

Operasi berakhir dengan selamat dan para pemain yang terlibat meneruskan permainan futsal selepas terganggu seketika.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: APM redah perjalanan 26km bantu hantar pesakit ke hospital
Next: Penghuni Koreksional Bintulu terima sumbangan limau mandarin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.