Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Perlindungan data kini ‘perang teknologi’, Sarawak perlu kejar kepesatan AI
  • SEMASA

Perlindungan data kini ‘perang teknologi’, Sarawak perlu kejar kepesatan AI

Utusan Sarawak 3 hours ago
ABANG Johari bercakap ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Perlindungan Sarawak 2026 mengenai Privasi Data dan Kepercayaan Digital, di sebuah hotel terkemuka, Kuching. 

KUCHING: Sarawak melihat perlindungan data sebagai cabaran strategik yang menuntut keupayaan teknologi setanding, selari dengan kepesatan perkembangan kecerdasan buatan (AI) di peringkat global.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, perlindungan data tidak boleh dijamin sepenuhnya walaupun rangka kerja perundangan telah disediakan.

“Dari segi undang-undang, kita memang ada parameter untuk mengawal dan melindungi data, tetapi kita tidak boleh capai perlindungan 100 peratus.

“Tahap keselamatan data amat bergantung kepada keupayaan teknologi seperti sistem penyulitan yang perlu sentiasa diperkukuh.

“Ada teknologi untuk melindungi data, tetapi pada masa sama ada juga teknologi yang boleh memecahkan perlindungan itu. Jadi, ia adalah teknologi lawan teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Perlindungan Sarawak 2026 mengenai Privasi Data dan Kepercayaan Digital, di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Tambah beliau, perkembangan pesat teknologi baharu seperti AI Grid, Embedded AI dan Agentic AI menunjukkan keperluan untuk Sarawak sentiasa mengikuti arus inovasi semasa.

“Semua ini bergantung kepada kekuatan cip dan kuasa pemprosesan (CPU). Lagi kuat CPU, lagi pantas keupayaan sistem,” tambahnya.

Beliau turut mengaitkan perkembangan tersebut dengan landskap global, di mana teknologi berasaskan cip memainkan peranan penting dalam sistem moden termasuk pertahanan.

“Sekarang ini semuanya bergantung kepada cip. Sebab itu perkara ini sangat kompleks dan kita tidak boleh ketinggalan.

 “Berkaitan pembangunan infrastruktur digital, pendekatan Sarawak tidak tertumpu semata-mata kepada pembinaan pusat data berskala besar.

“Pusat data sebelum ini menggunakan tenaga elektrik yang tinggi dan kurang efisien. Kita perlu lihat teknologi yang lebih strategik,” jelasnya.

Tambah beliau, Sarawak juga meneliti model pembangunan di Kesatuan Eropah yang menggunakan sistem grid sebagai rujukan masa depan.

Beliau turut menegaskan bahawa inisiatif pendidikan percuma yang dilaksanakan kerajaan negeri merupakan langkah jangka panjang untuk melahirkan lebih ramai pakar teknologi tempatan.

“Kita perlukan saintis dan pakar sendiri untuk membangunkan serta melindungi teknologi kita,” ujarnya.

Untuk rekod, Sarawak giat memperkukuh ekosistem digital melalui Pelan Ekonomi Digital Sarawak 2030 serta penubuhan Sarawak Multimedia Authority (SMA).

Kerajaan negeri juga komited menyediakan pendidikan tinggi percuma menjelang 2026 bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang sains dan teknologi.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: AZAM perluas rangkaian media serantau di Manila

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.