Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Perkhidmatan siaran radio kekal relevan dalam arus digital
  • SEMASA

Perkhidmatan siaran radio kekal relevan dalam arus digital

Utusan Sarawak 3 months ago

LAWAS: Perkhidmatan siaran radio pada zaman digital yang kini boleh diakses secara visual melalui internet telah meletakkannya sebagai perkhidmatan di peringkat dunia.

Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong menjelaskan perkhidmatan Radio RTM kini telah mendunia, dan perlu bergerak pantas dalam menyampaikan maklumat sahih terkini kepada rakyat.

“Walaupun saingan dalam era maklumat semakin sengit, tetapi perkhidmatan radio khususnya RTM ini tetap menjadi pilihan kepada pendengar dikawasan luar bandar.

“Oleh itu, kita harap agar dalam saingan membawa maklumat kepada pendengar perlulah berintegriti, dan sahih kerana sekarang banyak siaran dalam talian yang mencabar berita sahih dengan mensensasikan sesuatu cerita tanpa maklumat tepat,” katanya.

Henry Sum berkata demikian pada majlis Showcase Jom Ba’iuh Sempena Hari Radio Sedunia 2025 Zon Borneo di Lawas bertempat di Stadium Tertutup Lawas, malam tadi.

Hadir sama Pengarah RTM Sarawak Lt Kol Bersekutu(PA) Wan Azhan Wan Hamat, Pengarah RTM Sabah dan Pengarah RTM Wilayah Persekutuan Labuan.

Pada masa sama, Henry Sum berterima kasih kepada RTM kerana memilih Lawas sebagai tuan rumah sambutan Hari Radio Sedunia Zon Borneo, tahun ini.

Henry Sum juga mohon agar RTM memperbanyakkan program di Lawas dalam usaha mempromosikan Lawas di peta dunia.

Majlis diserikan dengan persembahan kebudayaan masyarakat suku kaum Tagal, persembahan nyanyian artis tempatan dan artis jemputan iaitu Zarul Umbrella.

Oleh Adeng Edrus

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperluas ke seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak
Next: Hospital Gleneagles Kuching dijangka siap suku kedua 2028, dilengkapi teknologi perubatan berasaskan AI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.