Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Perkhidmatan klinik pakar Hospital Bintulu akan ditangguh sempena cuti umum
  • KESIHATAN

Perkhidmatan klinik pakar Hospital Bintulu akan ditangguh sempena cuti umum

Utusan Sarawak 3 hours ago
NOTIS pemberitahuan perkhidmatan klinik pakar di Hospital Bintulu akan ditangguhkan sempena Hari Kelepasan Am Hari Gawai dan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada 3 hingga 4 Jun depan. Foto KKM

BINTULU: Perkhidmatan klinik pakar di Hospital Bintulu akan ditangguhkan sempena Hari Kelepasan Am Hari Gawai dan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada 3 hingga 4 Jun depan.

Menurut kenyataan hospital berkenaan, penangguhan itu melibatkan semua perkhidmatan Klinik Pakar sepanjang tempoh dua hari tersebut.

Pesakit yang mempunyai janji temu pada tarikh berkenaan diminta menghubungi semula pihak klinik berkaitan bagi proses penjadualan semula rawatan.

Selain itu, pesakit turut disaran menyemak tarikh baharu temu janji masing-masing bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada hari rawatan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Pusat Rawatan Harian atau kaunter jabatan berkaitan.

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: WHO sifatkan wabak Ebola di Congo ‘amat membimbangkan’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.