Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Perkhidmatan Google tergendala di beberapa negara
  • TEKNOLOGI

Perkhidmatan Google tergendala di beberapa negara

Utusan Sarawak 1 day ago
GOOGLE….Perkhidmatan Google dilaporkan tidak dapat diakses hari ini oleh berjuta-juta pengguna di beberapa negara.

ISTANBUL: Perkhidmatan Google dilaporkan tidak dapat diakses hari ini oleh berjuta-juta pengguna di beberapa negara terutamanya di Eropah Tenggara, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut laman pengesan gangguan DownDetector, laporan daripada pengguna yang menghadapi kesukaran mengakses perkhidmatan Google seperti YouTube, Gmail, Chrome, Maps, Google Translate dan lain-lain mula meningkat sekitar 10.00 pagi waktu tempatan (0700 GMT).

“Terdapat lonjakan laporan bermula 7.10 GMT. Sepanjang gangguan itu, kami menerima laporan dari Turkiye, Bulgaria, Greece, Georgia, Croatia, Serbia, Romania, Macedonia Utara, Armenia, Azerbaijan dan 16 negara lain,” menurut laman pengesan Outage.Report.

Beberapa pengguna turut melaporkan bahawa perkhidmatan penstriman audio Sweden, Spotify juga terjejas akibat gangguan berkenaan.

-Bernama

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Sarawak bakal lancar satu lagi peranti berasaskan AI di UK bulan depan – Abang Johari
Next: Sacofa jalin kerjasama dengan ZTE modenkan rangkaian di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.