Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perkhidmatan Feri Kaba kini beroperasi
  • TEMPATAN

Perkhidmatan Feri Kaba kini beroperasi

Utusan Sarawak 5 years ago
BEROPERASI… Perkhidmatan feri di Sungai Krian dekat Kaba dekat sini kembali beroperasi mulai semalam.

KABONG: Perkhidmatan feri jalan pesisir di Sungai Krian atau lebih dikenali sebagai Feri Kaba dekat sini kembali beroperasi semalam selepas perkhidmatannya digantung lebih sebulan lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Satu notis rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya bertarikh 11 Mei lalu menyatakan perkhidmatan feri di sungai berkenaan akan kembali beroperasi mulai semalam.

Menurut notis berkenaan masa operasi feri tersebut bermula 6 .00pagi hingga 10.00 malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Fasa 5 bermula semalam hingga 9 Jun nanti.

Berdasarkan notis yang ditandantangani oleh Pengarah Kerja Raya Sarawak, Datuk Ir. Zuraimi Sabki perkhidmatan feri di beberapa sungai lain juga dinyatakan dengan jelas tempoh masa beroperasi.

Perkhidmatan feri yang tersenarai ialah feri Batang Rambungan, Batang Lupar (Sebuyau /Triso), Batang Saribas, Batang Paloh, Muara Lassa, Batang Igan, Sungai Sian (Bintangor), Batang Kemena (Sebauh), Sungai Lidan (Marudi), Batang Lawas dan Sungai Limbang dan Sungai Krian (Feri Kaba).

Continue Reading

Previous: Perkampungan Data Kakus dilanda banjir
Next: Mayat lelaki ditemui dalam semak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.