Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perkhidmatan bas henti-henti ditambah baik
  • TEMPATAN

Perkhidmatan bas henti-henti ditambah baik

Utusan Sarawak 2 years ago
Dato Sri Lee Kim Shin pada persidangan hari keenam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 penggal kedua di sini, hari ini.
Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Kementerian Pengangkutan akan menaik taraf bas henti-henti memandangkan perkhidmatan itu penting bagi penduduk bandar.

Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin berkata, bilangan bas akan ditambah dan kekerapan perkhidmatan meliputi lebih banyak laluan dan kawasan yang lebih luas.

“Sehubungan itu, kami bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan program Transformasi Perkhidmatan Bas Berperingkat atau SBST.

“Dalam usaha kita untuk memahami keperluan rakyat dan pemain industri, kementerian saya sedang menjalankan tinjauan mengenai pengangkutan awam untuk mengukur persepsi orang ramai.

“Memahami tingkah laku orang ramai berhubung penggunaan pengangkutan awam darat di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada persidangan hari keenam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 penggal kedua di sini, hari ini.

Oleh NICKELYSON LAKUN

Continue Reading

Previous: Sidang DUN: 21 bilik mahkamah dinaik taraf, diubahsuai
Next: Sebuah kapal kargo ditahan bersama tujuh kru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.