Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perkhemahan Ilmu 2026 perkasa keyakinan diri serta asah potensi pelajar di Jepak
  • Utara
  • WILAYAH

Perkhemahan Ilmu 2026 perkasa keyakinan diri serta asah potensi pelajar di Jepak

Utusan Sarawak 4 hours ago
RAKAMAN gambar kenangan bersama para peserta dan pihak penganjur yang telah menjayakan Program Perkhemahan Ilmu 2026 di Perpustakaan Awam BDA Jepak, Bintulu.

BINTULU: Suasana di Perpustakaan Awam BDA Jepak bertukar lebih meriah apabila 50 murid dari sekitar Jepak menyertai Program Perkhemahan Ilmu 2026 yang berlangsung selama tiga hari dua malam, baru-baru ini.

Program anjuran Pustaka Negeri Sarawak Cawangan Miri dengan kerjasama Perpustakaan Awam BDA Bintulu serta Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu itu memberi peluang kepada peserta mengikuti pelbagai aktiviti pendidikan, motivasi dan pembangunan diri menerusi pendekatan pembelajaran luar bilik darjah.

Program berkenaan melibatkan murid Tahun 4 hingga Tahun 6 dari beberapa sekolah sekitar Jepak dengan pengisian aktiviti yang lebih santai, interaktif dan berfokuskan penglibatan peserta.

Sepanjang program berlangsung, peserta mengikuti pelbagai pengisian termasuk ceramah motivasi, sesi bimbingan dan kaunseling, bengkel STEM, aktiviti berkumpulan, sukaneka serta riadah luar.

Selain itu, peserta turut didedahkan dengan aktiviti alam sekitar seperti perkhemahan dan pemerhatian alam bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu, Nafisah Rosli bersama Pengurus Wilayah Pustaka Negeri Sarawak Miri, Edison Ricket.

Antara objektif utama program adalah untuk memperkukuh kemahiran komunikasi, kerjasama berpasukan serta kepimpinan dalam kalangan peserta melalui aktiviti berkumpulan dan bimbingan fasilitator.

PENGURUS Wilayah Pustaka Negeri Sarawak Cawangan Miri, Edison Ricket menyampaikan penghargaan kepada Pengurus Perpustakaan Awam BDA Bintulu, Affendi Iezara sebagai tanda penghargaan atas kerjasama dalam menjayakan Program Perkhemahan Ilmu 2026 di Perpustakaan Awam BDA Jepak, Bintulu.

Menurut pihak penganjur, sambutan terhadap program yang diadakan di Jepak amat menggalakkan dengan penglibatan aktif guru dan murid sepanjang program berlangsung.

“Guru dan murid menunjukkan komitmen yang sangat baik sepanjang program ini. Semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan mendapat sambutan positif,” kata penganjur ketika ditemui Utusan Sarawak.

Sementara itu, Nafisah Rosli berkata program seperti ini memberi manfaat kepada pelajar kerana ia membantu membentuk disiplin, keyakinan diri serta semangat kerjasama.

“Program seperti ini memberi peluang kepada pelajar untuk belajar berdikari dan bekerjasama dengan rakan-rakan lain dalam suasana pembelajaran yang lebih terbuka,” katanya.

Beliau berharap pengalaman yang diperoleh sepanjang program dapat dimanfaatkan oleh peserta dalam kehidupan harian serta di sekolah.

Dalam pada itu, pihak penganjur memaklumkan Perkhemahan Ilmu merupakan program tahunan yang akan diteruskan dengan sasaran lokasi dan kumpulan pelajar yang berbeza setiap tahun.

“Tahun hadapan kita bercadang untuk membawa perkhemahan ini ke Lawas bagi memberi peluang kepada pelajar di sana,” katanya.

PENGHARGAAN kepada Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu Nafisah Rosli atas kerjasama dalam menjayakan Program Perkhemahan Ilmu 2026 di Perpustakaan Awam BDA Jepak, Bintulu.

Program ini turut mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk Sekolah Kebangsaan Kampung Jepak, Sekolah Kebangsaan Sungai Silas, Sekolah Kebangsaan Sungai Setiam, Sekolah Kebangsaan Ulu Segan, Sekolah Kebangsaan Sungai Selad dan Sekolah Kebangsaan Sungai Setulan.

Turut sama menjayakan program ialah PERYATIM Jepak, Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu, Polis Diraja Malaysia serta Realfun Learning Centre.

Program anjuran tersebut berjaya mencapai objektif yang disasarkan dalam memberi pendedahan pembelajaran luar bilik darjah serta memperkukuh kemahiran komunikasi, kerjasama dan sahsiah diri dalam kalangan peserta.

Oleh Faizah Muzidi

Continue Reading

Previous: Adat Mangkung Tiang terus dipelihara masyarakat Iban
Next: Bazar Gawai Sri Aman 2026 meriah, platform promosi budaya dan produk tempatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.