Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perkembangan di Sabah mengejutkan
  • TEMPATAN

Perkembangan di Sabah mengejutkan

Utusan Sarawak 5 years ago

MUKAH: Pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri( DUN) Sabah oleh Ketua Menterinya, Datuk Seri  Shafie Apdal merupakan sesuatu perkara yang amat mengejutkan bukan sahaja untuk rakyat sabah tetapi juga rakyat di negara ini kata Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Tellian Yussibnosh Balo (gambar).

Bagaimanapun, beliau berpendapat bahawa tindakkan tersebut mungkin merupakan  satu tindakkan yang difikirkan wajar dilakukan untuk mengembalikan mandat kepada rakyat Sabah sendiri dalam menentukan kerajaan yang boleh mewakili mereka.

“Hanya mereka sendiri atau orang sabah sahaja yang dapat menentukan siapakah yang patut memimpin kerjaan negeri itu,”katanya.

Katanya, jika dibandingkan, Sarawak mempuyai senario yang berbeza kerana mempunyai seorang Ketua Menteri yang berwawasan jauh dalam memacu Sarawak ke arah pengukuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyatnya.

“Sarawak mempunyai mandat yang lebih kukuh dari rakyat. Kestabilan kepimpinan Sarawak di bawah GPS amat berbeza dengan negeri-negeri lain. Sokongan rakyat Sarawak ke atas GPS begitu mantap walaupun cuba diganggu gugat oleh parti-parti pembangkang yang cuba menangguk di air keruh,” katanya.

Mengambil  isu MA63 dan perjuangan hak-hak Sarawak  katanya perkara itu telah diambil perhatian serius oleh pemimpin-pemimpin parti komponen GPS dengan mengambil kira penyertaan daripada beberapa wakil pemimpin pembangkang.

“Ini merupakan satu tindakan yang matang dan arif oleh kepimpinan negeri yang ada. Terpulang kepada rakyat untuk menapis dan menilai apa yang berlaku,”  tambah Yussibnosh lagi.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: Rakyat sambut baik lanjutan moratorium
Next: CPPC ditubuhkan di Teng Bukap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.