Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Perhimpunan sambutan Hari Malaysia di Sri Aman meriah
  • SEMASA

Perhimpunan sambutan Hari Malaysia di Sri Aman meriah

Utusan Sarawak 8 months ago

SIMANGGANG: Majlis Perhimpunan Hari Malaysia di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman, di sini hari ini menjadi acara kemuncak sambutan hari bersejarah itu bagi peringkat Sarawak.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang diiringi isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menyempurnakan perasmian majlis itu yang turut dihadiri Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas, mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar dan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat merangkap menteri bertanggungjawab sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak 2024, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

Pertunjukkan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang diterajui Jabatan Penerangan yang bermula 3 Ogos lepas juga mengakhiri perjalanan mereka di perhimpunan itu setelah melalui 22 lokasi dari Daerah Lawas di utara Sarawak sehingga ke Lundu di selatan negeri ini.

Sri Aman menjadi pusat sambutan Hari Malaysia peringkat Sarawak dan acara sambutan telah bermula sejak Sabtu lepas dengan Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain di Dewan Suarah Sri Aman dan Konsert Cinta Malaysia Segulai Sejalai pada sebelah malamnya di Tebingan Sri Aman.

Pada malam tadi, satu majlis kesyukuran diadakan di Masjid Bandar Sri Aman yang dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Mohd Asfia Awang Nassar.

Continue Reading

Previous: Sarawak tidak ‘menumpang kasih’ dalam Malaysia – Abang Johari 
Next: Lebih 40,000 banjiri Padang Merdeka raikan sambutan Hari Malaysia 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.