
BAU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi Mei 2026 pada pagi Khamis di pekarangan IPD Bau.
Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A. Rahman berkata, perhimpunan tersebut dihadiri seramai 84 anggota terdiri daripada 17 pegawai kanan, 54 pegawai rendah polis dan 13 kakitangan awam.
“Perhimpunan bulanan ini berlangsung dengan lancar dan teratur, sekali gus mencerminkan komitmen serta disiplin tinggi dalam kalangan warga IPD Bau,” katanya.

Pada majlis tersebut, sijil penghargaan turut disampaikan kepada anggota terpilih sebelum perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Polis Sedia Berkhidmat.
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Daerah Bau, DSP Ritchie Jarit, ketua bahagian serta pegawai daripada pelbagai bahagian.
Oleh Connie Chieng