
PUTRAJAYA, 3 Okt -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara berkenaan COVID-19 di Bangunan Perdana Putra, hari ini. Mesyuarat itu antaranya dihadiri oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Kanan Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin serta menteri-menteri berkaitan. Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, Oct 3 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin chairing a special National Security Council meeting on COVID-19 at Bangunan Perdana Putra building today. Among those present in the meeting which commenced at 9.15 am, are Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Senior Minister of International Trade and Industry Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Senior Works Minister Datuk Seri Fadillah Yusof; Senior Minister of Education, Dr Mohd Radzi Md Jidin and related ministers. Also present are Health director-general Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Inspector-General of Police Tan Sri Abdul Hamid Bador and Chief of Defence Force General Tan Sri Affendi Buang. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHT RESERVED

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi semalam mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara berkenaan Covid-19 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya semalam.
Mesyuarat itu antaranya, dihadiri oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin serta menteri-menteri berkaitan.
Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
Semalam, Malaysia mencatatkan 287 kes baharu Covid-19, iaitu jumlah kes harian tertinggi pernah direkodkan sejak permulaan pandemik itu di negara ini.
— Bernama