Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Perdana Menteri Jepun disambut secara rasmi di Perdana Putra
  • NASIONAL

Perdana Menteri Jepun disambut secara rasmi di Perdana Putra

Utusan Sarawak 4 months ago
PERDANA Menteri Jepun Shigeru Ishiba memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota dari Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) diketuai Mejar Arifuddin Mohd Yusuf di Kompleks Perdana Putra, hari ini. FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba yang sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, diberikan sambutan secara rasmi di Kompleks Perdana Putra di sini, hari ini.

Ini adalah lawatan pertama Ishiba ke Malaysia sejak memegang jawatan pada Oktober 2024. Beliau disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik tiba pada 9.00 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Beliau kemudian memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota dari Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) diketuai oleh Mejar Arifuddin Mohd Yusuf.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,  Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, anggota Kabinet, diplomat asing dan pegawai kanan kerajaan. 

Ishiba, kemudian menandatangani buku pelawat sebelum bertemu Anwar. 

Wisma Putra dalam kenyataan semalam memaklumkan Anwar dan Ishiba dijangka meneliti semula kemajuan hubungan dua hala Malaysia-Jepun, terutamanya dalam bidang seperti perdagangan dan pelaburan, pembangunan sumber manusia serta kerjasama dalam bidang tenaga.

Mereka juga dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama termasuk situasi di Timur Tengah

Jepun ialah rakan ekonomi utama bagi Malaysia, dengan sejumlah 2,821 projek pembuatan melibatkan penyertaan Jepun dilaksanakan di Malaysia setakat Jun 2024.

Projek berkenaan melibatkan pelaburan bernilai RM105.2 bilion (AS$30.4 bilion) dan telah menjana peluang pekerjaan untuk kira-kira 344,996 orang.

Jepun juga adalah pelabur asing keempat terbesar dalam sektor pembuatan Malaysia dan rakan perdagangan keempat terbesar dengan jumlah perdagangan sebanyak RM156.75 bilion (AS$34.41 bilion) pada 2023. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Prabowo tiba di Malaysia untuk lawatan kerja
Next: Isteri PM Jepun luangkan masa naiki Cruise Tasik Putrajaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.