Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
  • GLOBAL

Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona

Utusan Sarawak 2 hours ago
BEKAS doktor perubatan kepada legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona, iaitu Leopoldo Luque (tengah), dilihat di mahkamah untuk satu perbicaraan awal dalam kes berkaitan kematiannya di San Isidro, pinggir Buenos Aires pada 14 April 2026. Foto AFP

BUENOS AIRES: Perbicaraan kedua yang melibatkan pasukan perubatan legenda bola sepak Argentina Diego Maradona, bermula semalam, lima setengah tahun selepas kematiannya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Tujuh doktor dan penjaga hadir di mahkamah di San Isidro, utara Buenos Aires.

Prosiding dijangka berlangsung selama beberapa bulan. Dua hari perbicaraan setiap minggu dijadualkan pada peringkat awal dan kira-kira 90 saksi akan dipanggil memberi keterangan.

DALMA Maradona (tengah), anak kepada legenda bola sepak Argentina Diego Maradona, bersama bekas pasangannya Veronica Ojeda (kanan), dilihat di mahkamah semasa perbicaraan awal dalam kes berkaitan kematiannya di San Isidro, pinggir Buenos Aires pada 14 April 2026. Foto AFP

Pendakwa raya menuduh doktor peribadi Maradona Leopoldo Luque; pakar psikiatrinya, Agustina Cosachov; seorang ahli psikologi; seorang lagi doktor; penyelaras perubatan syarikat insurans kesihatan; serta dua penjaga atas tuduhan membunuh tanpa niat.

Kesemua tertuduh menafikan dakwaan itu. Jika disabitkan kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara sehingga 25 tahun.

Satu perbicaraan berasingan turut diadakan terhadap seorang lagi jururawat.

Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung pada 25 November 2020 pada usia 60 tahun di sebuah kompleks kediaman persendirian.

GIANINNA Maradona, anak kepada legenda bola sepak Argentina Diego Maradona, tiba di mahkamah untuk perbicaraan awal dalam kes berkaitan kematiannya di San Isidro, pinggir Buenos Aires pada 14 April 2026. Foto AFP

Beberapa minggu sebelum itu, beliau menjalani pembedahan otak.

Penyiasat percaya yang kesilapan serius berlaku dalam penjagaan di rumah terhadap juara Piala Dunia1986 FIFA itu.

Kes itu terpaksa dimulakan semula selepas perbicaraan pertama dibatalkan pada Mei tahun lepas, selepas berlangsung selama 21 hari.

Prosiding dihentikan selepas seorang hakim daripada panel tiga hakim digantung tugas susulan penglibatannya dalam sebuah dokumentari tanpa kebenaran mengenai perbicaraan berkenaan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Syarikat fesyen Dolce and Gabbana ‘pinjam’ bekas bos Gucci untuk lonjak jenama
Next: Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di laut Andaman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.