Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perayaan Kuih Bulan satukan komuniti, MBKS raikan tradisi penuh muhibah
  • TEMPATAN

Perayaan Kuih Bulan satukan komuniti, MBKS raikan tradisi penuh muhibah

Utusan Sarawak 17 hours ago
PERAYAAN… Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng bersama Timbalan Datuk Bandar, Dato Zaiedi Suhaili, ahli majlis serta kakitangan MBKS mengedarkan kuih bulan kepada penduduk Flat KMC serta penjaja di beberapa pasar dan pusat penjaja di kawasan MBKS.

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menyemarakkan sambutan Perayaan Kuih Bulan dengan mengadakan program pengagihan kuih bulan kepada penduduk dan peniaga kecil di bawah pentadbirannya.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng bersama Timbalan Datuk Bandar, Dato Zaiedi Suhaili, ahli majlis serta kakitangan MBKS turun padang mengedarkan kuih bulan kepada penduduk Flat KMC serta penjaja di beberapa pasar dan pusat penjaja di kawasan MBKS.

PERAYAAN… Ahli majlis serta kakitangan MBKS mengedarkan kuih bulan kepada penduduk Flat KMC serta penjaja di beberapa pasar dan pusat penjaja di kawasan MBKS.

Program tersebut diadakan bagi meraikan Perayaan Kuih Bulan sambil mengeratkan hubungan antara pihak majlis dan komuniti setempat. Suasana ceria serta mesra terjalin sepanjang program dengan gelak tawa dan semangat kebersamaan yang jelas terpancar.

Menurut Dato Wee, walaupun perayaan tersebut berakar daripada tradisi masyarakat Cina, nilai-nilai yang dibawanya seperti kesyukuran, perpaduan dan kebersamaan adalah bersifat sejagat serta dikongsi oleh semua rakyat Sarawak.

PERAYAAN… Ahli majlis serta kakitangan MBKS mengedarkan kuih bulan kepada penduduk Flat KMC serta penjaja di beberapa pasar dan pusat penjaja di kawasan MBKS.

“Makanan dan budaya mempunyai kuasa untuk menyatukan masyarakat. Melalui program seperti ini, kita memupuk semangat muhibah, persahabatan dan saling menghormati bagi memastikan tiada siapa yang tersisih. Inilah yang menjadikan Kuching Selatan bandar yang penyayang dan bersatu,” katanya.

Beliau menambah pihak MBKS akan terus menganjurkan program komuniti yang memperkukuh perpaduan sosial dan meraikan kepelbagaian budaya sebagai cerminan komitmen berterusan majlis membina masyarakat yang harmoni dan inklusif.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak–Brazil teroka potensi kerjasama dalam sektor penerbangan dan pengangkutan
Next: Cahaya tanglung warnai Pesta Kuih Bulan 2025 di Dataran Kipas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.