Cahaya tanglung warnai Pesta Kuih Bulan 2025 di Dataran Kipas

Facebook
WhatsApp
SUASANA di Dataran Kipas di sini malam tadi dipenuhi keceriaan apabila ramai orang hadir meraikan Pesta Kuih Bulan 2025. Foto Liong Chai Ling

MIRI: Suasana di Dataran Kipas di sini malam tadi dipenuhi keceriaan apabila ramai orang hadir meraikan Pesta Kuih Bulan 2025 yang disambut penuh meriah dan warna-warni.

Lampion (tanglung) pelbagai warna menghiasi kawasan sekitar, mencipta pemandangan indah serta suasana harmoni.

Kanak-kanak kelihatan teruja membawa tanglung berbentuk arnab, naga dan watak kartun sambil ditemani ibu bapa yang turut tidak melepaskan peluang merakam kenangan.

SUASANA di Dataran Kipas di sini malam tadi dipenuhi keceriaan apabila ramai orang hadir meraikan Pesta Kuih Bulan 2025. Video Liong Chai Ling

Pesta Kuih Bulan, atau turut dikenali sebagai Perayaan Tanglung, merupakan antara perayaan penting masyarakat Cina yang diraikan pada hari ke-15 bulan kelapan dalam kalendar lunar, bersempena Musim Luruh.

Ia disambut sebagai tanda kesyukuran terhadap hasil tuaian, selain memperingati lagenda Chang’e, Dewi Bulan, yang menjadi simbol kasih sayang dan pengorbanan.

Oleh Liong Chai Ling