Peperiksaan SPM 2026 bermula 23 November hingga 17 Disember – KPM

Facebook
WhatsApp
PEPERIKSAAN bertulis SPM 2026 akan berlangsung dari 23 November hingga 17 Disember, melibatkan 420,879 calon di 3,334 pusat peperiksaan seluruh negara. Foto fail BERNAMA

PUTRAJAYA: Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 akan diadakan bermula 23 November hingga 17 Disember depan, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan Ujian Bertutur Bahasa Melayu serta Ujian Bertutur Bahasa Inggeris masing-masing akan diadakan pada 26 hingga 29 Oktober dan 2 hingga 5 November.

Ujian Amali Sains pula diadakan pada 16 hingga 18 November, diikuti Ujian Mendengar Bahasa Melayu pada 30 November dan Ujian Mendengar Bahasa Inggeris pada 1 Disember.

“Secara keseluruhan, seramai 420,879 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2026 di 3,334 pusat peperiksaan seluruh negara.

“Lembaga Peperiksaan akan mengumumkan jadual waktu peperiksaan SPM 2026 yang lengkap dalam waktu terdekat. KPM komited melakukan yang terbaik bagi memastikan peperiksaan ini dilaksanakan dengan lancar dan teratur,” menurut kenyataan itu.- Bernama

Sekolah di Serian dibuka semula esok

KUCHING: Semua sekolah menengah dan rendah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Serian akan beroperasi seperti sediakala mulai esok. Jabatan