Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penyertaan usahawan muda jadi tarikan utama Program Sarawakku Sayang Kapit
  • Tengah
  • WILAYAH

Penyertaan usahawan muda jadi tarikan utama Program Sarawakku Sayang Kapit

Utusan Sarawak 4 hours ago
 SETIAUSAHA Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki ketika melawat gerai pameran yang ada pada Program Sarawakku Sayang di Kapit, hari ini.

KAPIT: Penyertaan usahawan muda dalam jumlah yang memberangsangkan menjadi antara tarikan utama Program Sarawakku Sayang Peringkat Kapit apabila golongan itu memperkenalkan pelbagai produk serta idea perniagaan kreatif dan inovatif.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, penyertaan usahawan muda pada penganjuran kali ini dilihat lebih menggalakkan berbanding program sama yang diadakan di bahagian lain.

Beliau berkata, golongan belia terbabit bukan sahaja berjaya mempamerkan produk berkualiti, malah menampilkan idea baharu yang membuktikan potensi besar mereka untuk terus berkembang dalam bidang keusahawanan.

 SETIAUSAHA Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki ketika melawat gerai pameran yang ada pada Program Sarawakku Sayang di Kapit, hari ini.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya mengetengahkan usahawan muda yang berpotensi serta memberi ruang kepada mereka mempamerkan produk dan bakat keusahawanan,” katanya kepada pemberita pada Program Sarawakku Sayang di sini hari ini.

Mohamad Abu Bakar berkata, program yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga Ahad itu dijangka menarik kehadiran lebih 10,000 pengunjung.

Menurutnya, pelbagai pengisian disediakan sepanjang program berkenaan termasuk cabutan bertuah, Konsert Rakyat, Kapit Kitchen serta gerai pameran yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan usahawan tempatan.

“Premier Sarawak dijangka merasmikan Program Sarawakku Sayang esok, dengan majlis perasmian itu dijangka dihadiri antara 3,000 hingga 5,000 pengunjung,” tambahnya.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Projek Jalan Teku–Pasai Siong dahului jadual, capai 25.5 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.