Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penyertaan Pearly-Thinaah di Terbuka Singapura diketahui Sabtu ini
  • SUKAN
  • TEMPATAN

Penyertaan Pearly-Thinaah di Terbuka Singapura diketahui Sabtu ini

Utusan Sarawak 4 hours ago
PEARLY Tan dan M. Thinaah masih berpeluang beraksi di Terbuka Singapura, namun keputusan muktamad hanya akan dibuat Sabtu ini berdasarkan perkembangan pemulihan Pearly.

KUALA LUMPUR: Status penyertaan pasangan beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah ke Kejohanan Badminton Terbuka Singapura hanya akan diputuskan Sabtu ini.

Ketua Jurulatih beregu wanita Rosman Razak berkata keputusan itu, akan dibuat berdasarkan penilaian harian terhadap tahap kecergasan Pearly yang sedang pulih daripada kecederaan belakang.

Beliau berkata setakat penilaian semalam, peluang pasangan nombor utama negara itu untuk beraksi di Singapura berada pada tahap sekitar 90 peratus, namun keadaan pemain masih boleh berubah dalam tempoh beberapa hari akan datang.

“Setakat semalam saya boleh kata 90 peratus tetapi saya tidak tahu keadaan esok atau lusa kerana ia boleh berubah.

“Saya mungkin akan buat keputusan pada saat akhir, mungkin Sabtu,” katanya kepada media ketika ditemui semalam.

Sebelum ini media melaporkan pasangan yang berada di kedudukan kedua dunia itu, terpaksa menarik diri daripada menyertai Malaysia Masters selepas Pearly disahkan masih belum cergas sepenuhnya.

Dalam pada itu Rosman berkata walaupun Pearly menunjukkan perkembangan pemulihan yang sangat positif dan telah kembali menjalani latihan di gelanggang sejak dua minggu lepas, aspek psikologi dan keyakinan pemain turut menjadi pertimbangan sebelum keputusan muktamad dibuat.

Beliau berkata pemain yang kembali daripada kecederaan, lazimnya masih berdepan trauma untuk beraksi semula pada intensiti tinggi dalam kejohanan kompetitif.

“Ada benda lain yang perlu diambil kira, bukan kecederaan sahaja, termasuk aspek psikologi dan keyakinan.

“Dalam latihan kita boleh jangka, tetapi suasana pertandingan berbeza. Sebab itu kita ambil pendekatan hari demi hari,” katanya.

Rosman berkata Pearly-Thinaah ketika ini masih didaftarkan untuk menyertai Terbuka Singapura dan Terbuka Indonesia, namun penyertaan mereka mungkin ditarik semula sekiranya pasangan itu masih belum cergas sepenuhnya.

Beliau berkata keputusan berkenaan penting bagi mengelakkan risiko kecederaan berulang selain memastikan perancangan jangka panjang pasangan tersebut tidak terjejas.- Bernama

Continue Reading

Previous: UEFA rancang format baharu kelayakan menjelang Piala Dunia 2030
Next: TYT, isteri menunaikan ibadat haji, mohon doa perjalanan dipermudahkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.