Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Penyelidik di Australia uji jam atom generasi baharu di laut
  • GLOBAL

Penyelidik di Australia uji jam atom generasi baharu di laut

Utusan Sarawak 7 hours ago
JAM atom generasi akan datang berjaya diuji di laut. Foto AGENSI

CANBERRA: Penyelidik di Australia berjaya menguji sejenis jam atom mudah alih baharu di laut menggunakan teknologi yang berpotensi menggerakkan generasi seterusnya sistem navigasi, komunikasi dan saintifik, lapor Xinhua.

Jam atom optik mudah alih itu, yang sebelum ini diuji di atas kapal Tentera Laut Diraja Australia pada Julai 2024, menggunakan atom unsur ytterbium yang disejukkan dengan laser untuk mengekalkan masa dengan ketepatan sangat tinggi, menurut kenyataan yang dikeluarkan Universiti Adelaide pada Selasa.

Jam atom merupakan pengukur masa paling tepat di dunia dan penting untuk navigasi satelit serta telekomunikasi, namun lazimnya memerlukan persekitaran makmal terkawal.

Peranti baharu itu mengatasi kekangan berkenaan dan boleh digunakan dalam sistem mudah alih yang beroperasi di luar makmal, menurut kenyataan itu.

Dengan menyejukkan atom menggunakan laser dan mengukur peralihan atom yang sangat khusus, jam itu mampu menjejak masa dengan jauh lebih tepat berbanding sistem konvensional, kata penyelidik dari Institut Fotonik dan Pengesanan Lanjutan (IPAS) Universiti Adelaide.

Matlamatnya adalah untuk membawa teknologi makmal termaju ke lapangan supaya boleh digunakan secara praktikal, kata Ketua Inovator IPAS dan penyelidik utama kajian yang diterbitkan dalam jurnal Optica, Profesor Andre Luiten.

Walaupun berdepan pergerakan dan perubahan persekitaran yang lazim dalam persekitaran maritim, jam itu mengekalkan tahap prestasi tinggi yang sama seperti yang diperhatikan semasa ujian makmal, menurut penyelidik.

“Persekitaran maritim menampilkan getaran, pergerakan dan perubahan suhu yang sangat berbeza berbanding makmal terkawal. Kejayaan mengendalikan jam itu dalam keadaan sedemikian menunjukkan teknologi ini kukuh dan sedia untuk bergerak lebih hampir ke arah aplikasi dunia sebenar,” kata Luiten. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Gempa bumi 5.7 magnitud landa Nevada AS
Next: Spesies baharu cicak terancam dikenal pasti di Australia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.