Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Penyelidik di Australia bangunkan AI untuk diagnosis penyakit mental
  • GLOBAL

Penyelidik di Australia bangunkan AI untuk diagnosis penyakit mental

Utusan Sarawak 3 hours ago
PENYELIDIK di Australia membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) bagi membantu diagnosis skizofrenia menggunakan data gelombang otak EEG. Foto: Janaan AI

SYDNEY: Saintis di Australia membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) yang boleh membantu doktor mendiagnosis skizofrenia dengan menganalisis corak gelombang otak, lapor Xinhua.

Penyelidik dari Universiti James Cook (JCU) Australia mendapati model pembelajaran mesin boleh membezakan antara individu yang sihat dan mereka yang mempunyai skizofrenia, walaupun dalam keadaan tekanan akut, menurut kenyataan JCU yang dikeluarkan semalam.

Pasukan itu menguji algoritma pembelajaran mesin baharu pada corak gelombang otak elektroensefalografi (EEG) pesakit yang sihat, tertekan dan skizofrenia, dan mendapati otak bertindak balas secara berbeza pada individu yang mengalami skizofrenia berbanding individu sihat apabila mereka tertekan.

Skizofrenia menjejaskan kira-kira satu peratus daripada populasi global dan dikaitkan dengan mortaliti tinggi.

Melakukan diagnosis yang lebih baik dan pengesanan awal adalah penting untuk pengurusan yang berkesan, kata kajian yang diterbitkan dalam jurnal “Biomedical Signal Processing and Control”.

Pasukan tersebut menggunakan set data EEG akses terbuka dan algoritma yang dibangunkan yang mampu mengambil kira kesan tekanan pada gelombang otak EEG, menghasilkan corak yang konsisten dengan pengetahuan perubatan mantap.

Penyelidik berkata AI direka untuk menyokong doktor, bukan menggantikan mereka, dan AI yang boleh dijelaskan, dapat membantu meningkatkan akses kepada penjagaan tepat pada masanya di kawasan pedalaman. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Asia Tenggara berdepan risiko jerebu rentas sempadan teruk pada 2026 – Laporan
Next: PNG sekat import ayam dan itik dari Australia susulan penularan varian maut selesema burung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.