Penyelidik China hasilkan peta geologi bulan edisi baharu

Facebook
WhatsApp
PETA ini juga dilengkapi dengan dua komponen lagi tentang bahagian kutub utara dan selatan di bulan, sedangkan tanda serta tafsirannya tentang lebih 13,000 kawah impak dan 81 lembah impak membabitkan struktur geologi dalam 14 kategori beserta 17 jenis batuan. Foto agensi

BEIJING: Sekumpulan penyelidik China berjaya menghasilkan peta geologi bulan edisi baharu berskala 1:5 juta, dengan bahagian utamanya berukuran sekitar 280 sentimeter panjang dan 120 sentimeter lebar.

Peta itu turut dilengkapi dua komponen yang memaparkan kawasan kutub utara dan selatan bulan, selain mengandungi maklumat lebih 13,000 kawah hentaman serta 81 lembangan hentaman yang merangkumi struktur geologi dalam 14 kategori dan 17 jenis batuan.

Pengarah Institut Geologi di bawah Akademi Sains Geologi China, Yang Zhiming berkata penerbitan peta geologi bulan edisi baharu itu menyediakan sokongan saintifik penting bagi menyokong usaha China membangunkan stesen penyelidikan bulan pada masa depan, memilih lokasi pendaratan serta meneroka angkasa lepas dengan lebih mendalam.

Beliau berkata pencapaian itu turut mencerminkan sumbangan baharu China kepada usaha masyarakat antarabangsa dalam memahami sejarah pembentukan dan evolusi Sistem Suria. – Bernama