Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Penyelam Malaysia maut semasa bersihkan kapal di Singapura
  • GLOBAL

Penyelam Malaysia maut semasa bersihkan kapal di Singapura

Utusan Sarawak 11 months ago
JURUCAKAP Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura berkata dalam kemalangan yang berlaku sekitar 2.10 petang, mangsa telah tersangkut pada salah satu kipas bot sokongan penyelam.

SINGAPURA: Seorang pekerja warga Malaysia berusia 22 tahun maut dalam kemalangan di tempat kerja semasa melakukan kerja-kerja pembersihan lambung kapal di Eastern Anchorage, di sepanjang Marina South Pier, pada Selasa.

Jurucakap Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura berkata dalam kemalangan yang berlaku sekitar 2.10 petang, mangsa telah tersangkut pada salah satu kipas bot sokongan penyelam.

“Pekerja itu telah dibawa ke Hospital Besar Singapura dan dia meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami,” kata jurucakap itu dalam satu kenyataan, semalam.

MOM sedang menyiasat kejadian itu dan telah mengarahkan majikan terbabit  untuk menghentikan semua aktiviti menyelam.

“Sebagai langkah keselamatan umum, prosedur menyelam komersial yang ditetapkan menggunakan ‘Surface-Supplied Diving Equipment’ (SSDE) atau ‘Commercial Self-Contained Underwater Breathing Apparatus’ (CSCUBA) mesti dipatuhi,” kata jurucakap itu.

MOM berkata, peralatan dan alat sedemikian memudahkan koordinasi dan komunikasi antara penyelam dan penyelia semasa operasi. Peralatan selam skuba rekreasi tidak boleh digunakan untuk operasi menyelam komersial.

Sementara itu, CNA melaporkan bahawa pihak polis berkata, berdasarkan siasatan awal, tiada unsur jenayah disyaki dan siasatan sedang dijalankan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ronaldo pemain pertama beraksi dalam enam kejohanan Eropah, Pepe pemain tertua
Next: Kereta api ringan China tawar khidmat kepada lebih 2 juta jemaah haji di Makkah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.