Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Penunggang motosikal maut terbabit kemalangan di Jalan FAC
  • KEMALANGAN

Penunggang motosikal maut terbabit kemalangan di Jalan FAC

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEMALANGAN melibatkan sebuah motosikal dan dua kereta di Jalan FAC menyebabkan seorang penunggang maut di tempat kejadian.

KUCHING: Seorang penunggang motosikal maut selepas hilang kawalan sebelum merempuh dua kereta dalam kemalangan berhampiran Jalan FAC di Pusat Pentadbiran Persekutuan Matang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi mengesahkan kemalangan maut itu berlaku sekitar 7.00 malam.

Mangsa dikenal pasti sebagai lelaki berusia 28 tahun dari Kampung Sungai Lumut, Jalan Sultan Tengah.

Menurut siasatan awal polis, mangsa menunggang motosikal di jalan berkenaan sebelum dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah kereta di hadapannya, menyebabkan dia hilang kawalan terhadap motosikal.

Penunggang bersama motosikal itu kemudian terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung secara berdepan dengan sebuah lagi kereta dari arah bertentangan.

Impak kemalangan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan.

Pegawai penyiasat trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan kemudian hadir ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Pelajar IKM maut, kemalangan di Samarahan
Next: Jet pejuang TUDM mendarat cemas di KKIA selepas alami masalah enjin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.