
KUCHING: Penunggang motosikal berusia 24 tahun meninggal dunia di tempat kejadian selepas bertembung dengan kereta dari arah bertentangan sekitar 1.20 petang tadi.
Kemalangan berlaku di sepanjang Jalan Tapah, jalan Kuching Serian.

Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi mengesahkan bahawa kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mayat mangsa telah dibawa ke hospital untuk bedah siasat.
Oleh Connie Chieng