Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Penunggang motosikal maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Diplomatik
  • KEMALANGAN

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Diplomatik

Utusan Sarawak 2 hours ago
Penunggang motosikal maut di tempat kejadian kemalangan.

KUCHING: Seorang penunggang motosikal warga tempatan berusia 34 tahun maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan tiga kenderaan di Jalan Diplomatik pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching menerima maklumat berhubung kejadian itu sekitar 7.10 pagi hari ini.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira kira 7.00 pagi apabila mangsa yang menunggang motosikal dari arah Taman Kopodims menuju ke Jalan Demak dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan yang berhenti ketika lampu isyarat merah.

Menurut Alexson, penunggang motosikal itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Hospital Umum Sarawak manakala pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati hati dan memandu dengan cermat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Continue Reading

Previous: Kanak-kanak perempuan enam tahun lemas ketika mandi di kolam renang di Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.