Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Penunggang motosikal maut dalam kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda
  • KEMALANGAN

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda

Utusan Sarawak 4 hours ago
KEMALANGAN maut di Jalan Lasi menghala ke Jalan KJD Meradong petang semalam. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Lasi menghala ke Jalan KJD Meradong pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering berkata, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

“Mangsa, seorang lelaki tempatan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

“Mangsa dibawa oleh ambulans ke Poliklinik Julau dan disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan.

Manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Beliau menggesa mana-mana saksi kejadian atau individu yang mempunyai maklumat termasuk rakaman kamera papan pemuka (dashcam) agar tampil membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Zainal Abdul Ghafar di talian 011-11945095.

“Saya menasihatkan semua pengguna jalan raya agar memperlahankan kenderaan semasa membelok di selekoh, mematuhi undang-undang serta peraturan lalu lintas yang telah ditetapkan,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Wanita maut tersepit, kereta remuk bertembung lori

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.