Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Penunggang motosikal cedera terjatuh dalam longkang
  • KEMALANGAN

Penunggang motosikal cedera terjatuh dalam longkang

Utusan Sarawak 9 hours ago
ANGGOTA bomba membantu membawa mangsa keluar dari longkang sebelum diserahkan kepada ambulans Hospital Bintulu untuk tindakan lanjut.

BINTULU: Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas lalu terjatuh ke dalam longkang di Batu 32, Lebuh Raya Pan Borneo Bintulu-Miri, Simpang Bakun di sini, hari ini.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.08 petang.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju diketuai Pegawai Bomba PB Hajim Rosdi dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat.

“Kemalangan melibatkan sebuah motosikal yang terjatuh ke dalam longkang dengan mangsa didapati masih berada di dalam longkang dalam keadaan cedera.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak ambulans Hospital Bintulu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi yang melibatkan lima anggota bersama sebuah jentera bomba dan penyelamat (FRT) itu tamat sepenuhnya pada 1.55 petang selepas keadaan disahkan selamat dan terkawal.

Continue Reading

Previous: Penunggang motosikal maut dalam kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda
Next: Pelajar maut terkena renjatan elektrik ketika ambil wuduk di Daro

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.