Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Penumpang terjun dari pesawat di Lapangan Terbang Chennai
  • GLOBAL

Penumpang terjun dari pesawat di Lapangan Terbang Chennai

Utusan Sarawak 12 hours ago
GAMBAR hiasan. Foto: Bernama

HYDERABAD: Seorang penumpang terjun dari sebuah pesawat di Lapangan Terbang Chennai selepas membuka pintu kecemasan ketika pesawat itu sedang bergerak di landasan  selepas mendarat.

Kejadian itu melibatkan Penerbangan Air Arabia G9 471 dari Sharjah hari ini, lapor media tempatan.

Anggota keselamatan mengejar dan menangkap penumpang lelaki tersebut di atas landasan, yang merupakan penduduk daerah Pudukkottai di Tamil Nadu.

Landasan ditutup seketika sebagai langkah keselamatan dan pesawat A320 yang membawa 231 penumpang itu ditunda dengan selamat ke petak parkir. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Afghanistan serahkan rumah baharu kepada pelarian yang kembali
Next: Rusia dibenarkan tingkat pengeluaran minyak pada Jun 62,000 tong sehari – OPEC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.