Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Penumpang pesawat Frontier Airlines di Denver dievakuasi selepas magazin senjata ditemukan
  • GLOBAL

Penumpang pesawat Frontier Airlines di Denver dievakuasi selepas magazin senjata ditemukan

Utusan Sarawak 2 hours ago
FRONTIER Airlines.

LOS ANGELES: Penumpang sebuah penerbangan Frontier Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver di negeri Colorado, Amerika Syarikat (AS) dipindahkan selepas sebuah magazin senjata ditemukan di dalam pesawat pada Ahad malam, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Isnin.

Penerbangan Frontier 4765 dijadual berlepas dari Denver ke Phoenix pada Ahad malam dan sedang bersedia untuk berlepas apabila magazin peluru itu ditemukan, menurut stesen televisyen Denver KDVR memetik jurucakap Frontier.

Jurucakap lapangan terbang memberitahu saluran berita itu bahawa penumpang dikeluarkan dari pesawat dan dibawa menaiki bas ke lokasi lain untuk menjalani pemeriksaan keselamatan tambahan sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut siasatan awal, magazin senjata itu milik seorang pegawai penguat kuasa undang-undang.

Insiden itu berlaku hanya beberapa hari selepas sebuah lagi penerbangan Frontier Airlines melanggar dan membunuh seorang pejalan kaki ketika berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Denver. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Sekurang-kurangnya 10 maut akibat cuaca ekstrem di Afrika Selatan
Next: Pakistan: Sekurang-kurangnya sembilan maut, lebih 20 cedera dalam letupan di pasar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.