Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Penubuhan Kelab KUWIN bantu sahabat usahawan, AIM promosi produk
  • BISNES

Penubuhan Kelab KUWIN bantu sahabat usahawan, AIM promosi produk

Utusan Sarawak 6 months ago
TERIMA KASIH… Datuk Rosey Yunus menerima cenderahati daripada Norela Omar selepas selesai perasmian Karnival Sahabat Usahawan AIM Cawangan Niah di Dewan Masyarakat Bekenu, hari ini.

BEKENU: Kelab Usahawan Wanita Ikhtiar Niah (KUWIN) adalah sebuah kelab yang ditubuhkan khas untuk Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Niah.

Pengerusi Pengelola merangkap Pengerusi KUWIN Norela Omar berkata, pada 2016 AIM telah mewajibkan setiap cawangan AIM untuk menubuhkan Kelab Usahawan.

“Ahli Kelab Usahawan adalah terdiri daripada sahabat usahawan AIM.

“Tujuan penubuhan ini adalah untuk membantu AIM dalam mencapai visi dan misi AIM.

“Antaranya ialah untuk membantu mengurangkan kadar kemiskinan, meningkatkan keilmuan kemahiran ahli, mendidik ahli untuk berorganisasi dan membantu sahabat usahawan AIM untuk mempromosikan produk-produk,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak sempena Karnival Sahabat Usahawan AIM Cawangan Niah di Dewan Masyarakat Bekenu, hari ini.

Tambahnya, KUWIN dengan kerjasama AIM telah berjaya merangka pelbagai aktiviti dan program sepanjang penubuhan kelab.

Antaranya, program lawatan jaringan perniagaan ke Kalimantan Indonesia, Bengkel kepimpinan dan kemahiran seperti kemahiran perniagaan dan melaksanakan tanggungjawab sosial kepada ahli dengan bantuan segera termasuk khairat kematian.

“Saya berharap kepada semua sahabat Usahawan AIM Cawangan Niah gunakanlah peluang yang diberikan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia ini untuk kita mengubah halatuju kehidupan kepada yang lebih baik. Gunakanlah modal dengan sebaik yang mungkin,” tegasnya.

Karnival Sahabat Usahawan AIM Cawangan Niah yang diadakan di Dewan Masyarakat Bekenu hari ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Datuk Rosey Yunus.

Pada karnival yang berlangsung selama dua hari ini, terdapat sebanyak 77 gerai jualan dibuka di sekitar pekan Bekenu.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Untung bersih suku ketiga Affin Bank meningkat kepada RM145.82 juta
Next: Ringgit dijangka bergerak dalam jajaran kecil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.