Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pentas akhir Pertandingan Warisan Kanak-Kanak nilai lebih daripada sekadar pakaian tradisi
  • Selatan
  • WILAYAH

Pentas akhir Pertandingan Warisan Kanak-Kanak nilai lebih daripada sekadar pakaian tradisi

Utusan Sarawak 3 hours ago
YASMIN Sofiyya, 14, dinobatkan sebagai johan Kategori C (12–17 tahun) pada Pertandingan Warisan Kanak-Kanak anjuran AI Dot Com Management di Plaza Merdeka, semalam. Foto Nadya Victoria

KUCHING: Pentas akhir Pertandingan Warisan Kanak-Kanak anjuran AI Dot Com Management menyaksikan penyertaan generasi muda yang tampil dengan busana tradisional serta penghayatan budaya pelbagai etnik Sarawak yang diadakan di Plaza Merdeka, semalam. 

Pertandingan itu menilai bukan sahaja busana, tetapi juga keyakinan diri, komunikasi dan pemahaman peserta terhadap warisan masing-masing.

Johan bagi Kategori C disandang oleh Yasmin Sofiyya, 14, dari Kuching yang meluahkan rasa gembira atas pengalaman menyertai pertandingan tersebut.

SARAFINA Arisya Jihel dinobatkan sebagai naib johan Kategori C (12–17 tahun) pada Pertandingan Warisan Kanak-Kanak di Plaza Merdeka, semalam. Foto Nadya Victoria 

Sementara itu, Naib Johan, Sarafina Arisya Jihel, 17, dari Kampung Raso 2, Lundu yang memperagakan busana Charm of Salako berinspirasikan budaya Bidayuh.

“Pakaian ini mempunyai banyak simbol yang melambangkan usaha nenek moyang dalam mengekalkan budaya agar terus hidup hingga hari ini. Saya memilih busana ini untuk mewakili komuniti Bidayuh Sarawak,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak, semalam. 

Beliau berkata, persiapan mengambil masa kira-kira seminggu dan turut melibatkan aspek mental serta latihan komunikasi bersama jurulatihnya.

“Saya mempunyai jurulatih, Mak Ratu atau Angela Martin yang banyak melatih saya cara berkomunikasi dan meningkatkan keyakinan diri,” katanya sambil menggalakkan lebih ramai menyertai pertandingan berteraskan warisan.

NUR Adzwiesya Damia, 13, meraih tempat ketiga Kategori C (12–17 tahun) pada Pertandingan Warisan Kanak-Kanak di Plaza Merdeka, semalam. Foto Nadya Victoria 

Tempat ketiga pula menjadi milik Nur Adzwiesya Damia, 13, dari Kuching yang memperagakan pakaian tradisional Iban Batang Rajang, dengan gabungan elemen pelbagai etnik.

“Saya hanya membuat persiapan selama dua hari dan semuanya dilakukan secara spontan kerana tidak menyangka ada segmen soal jawab (Q&A),” katanya.

Pertandingan tersebut turut mendapat sambutan meriah daripada pengunjung yang hadir menyaksikan kepelbagaian busana warisan Sarawak.

Oleh Adele Rissa

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MBKS, BMC perluas saringan kesihatan komuniti di Kenyalang Park
Next: Program Kesihatan Komuniti bantu tingkat kesedaran mengenai diabetes

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.