Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pentadbiran Trump saman Bolton
  • GLOBAL

Pentadbiran Trump saman Bolton

Utusan Sarawak 5 years ago
JOHN Bolton (kanan), bekas penasihat keselamatan duduk dibelakangi Donald Trump (depan). • Foto AFP

WASHINGTON: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) pada Selasa memfailkan tuntutan mahkamah untuk menghalang bekas penasihat keselamatan John Bolton menerbitkan memoir mengenai kerjayanya di Rumah Putih, lapor agensi berita Xinhua.

Tuntutan mahkamah itu difailkan di Mahkamah Daerah Columbia, mendakwa memoir yang dijadual dikeluarkan pada akhir bulan ini, mengandungi maklumat rahsia yang boleh mengancam keselamatan negara.

Bolton merancang untuk mengeluarkan memoirnya bertajuk “The Room Where It Happened,” pada 23 Jun ini, selepas tertangguh selama berbulan-bulan.

Presiden Donald Trump pada Isnin mendakwa “sangat tidak sesuai” untuk Bolton menulis memoirnya.

“Mungkin dia tidak mengatakan perkara sebenar, dia memang dikenali sebagai seorang yang suka tidak bercakap benar,” kata Trump kepada wartawan di Rumah Putih.

“Setiap perbualannya dengan saya, saya anggap sangat sulit,” katanya. 

“Jika dia menulis buku dan buku itu keluar, dia melanggar undang-undang dan saya fikir dia akan berdepan masalah jenayah.”

Peguam Bolton Chuck Cooper pada minggu lalu menuduh Rumah Putih “cuba menggunakan keselamatan negara sebagai alasan untuk menghalang hak Bolton, bercerita mengenai perkara penting.” – Bernama

Continue Reading

Previous: Hong Kong Disneyland dibuka semula 18 Jun
Next: Korea Utara akan terima akibatnya – Korea Selatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.